Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

17 November 2014

:: 2015:: Kalendar Percuma

Hi,

2015 tak lama lagi. Masih tercari-cari kalendar 2015.

Kak Dah tak pandai buat kalendar sendiri sekadar mencari di...

Cuba link di bawah:


1. www.madaboutpink.blogspot.com


2. www.littlestuff.me


19 December 2011

Bumi bertuah

Salam sejahtera,

Nak kongsi gambar-gambar sekeliling rumah.
Anak-anak Kak Dah pun agaknya,
tak perasan apa yang ibu dan abah mereka tanam.

Kakak?
Hmm..ntahlah..



Kat belakang rumah 


 

Kat tepi rumah


Pokok durian belanda dah berbuah lebat 

Buah kedondong


Putik-putik bunga buah jambu


Akar seruntun ? Pahit..


Tepi rumah


Taman oked...


Limau purut


Pokok Sambung Nyawa


Daun kari


Kunyit..daun dan ubi, banyak gunanya..




03 July 2010

SK Sg Jejawi



SKSJ

Alhamdulillah..kini tahun ke 21 ibu bekerja di sekolah ini.

Terasa seperti baru semalam, berkhidmat di sini. Anak-anak

didik ibu sekarang, dah ada yang jadi pensyarah, doktor, pegawai

tinggi di bank dan berkhidmat sebagai guru ( Hanya menyebut beberapa jenis pekerjaan mereka..).

Yang di IPT awam atau swasta dan yang sudah kahwin pun tak kurang ramainya..Kini, ada

diantara anak-anak mereka yang ibu ajar..

Nama-nama seperti, Rosmaizura, Siti Aishah, Solehah, Hasnah, Rafidah, Alias, Zainol dan

beberapa nama lagi..masih kekal diingatan . Yang lain bukan tak ingat..saban tahun, ada je

nama-nama yang sama berulang-ulang. Kadang-kadang..ibu cuma panggil nama mereka macam

ni je.." Anak Suparman" atau " Adik Suzana" . Syukur alhamdulillah..mereka tak membantah..

( Oppss..Sudah tua kah aku? )

Pencapaian anak-anak didik ibu sekarang, tidak lah sehebat mereka yang terdahulu..

Kemungkinan, arus kemodenan dan kemudahan yang melimpah-ruah menyebabkan mereka

kini kurang berusaha..terutamanya yang lelaki..

Tapi Kakak..ibu tak akan berputus harapan..kalau mereka tidak cemerlang sekarang..

semoga kata-kata semangat dan nasihat ibu, akan membantu menyedarkan mereka semasa

di sekolah menengah.. Nota : Alahai..anak bangsaku..terutamanya lelaki..

Sedarlah..Bangsa siapa yang memonopoli kekayaan bumi Tanah Melayu? Yang menguasai ekonomi

negara? Yang membawa van-van besar sarat dengan barangan jualan untuk peruncit di kampung kita?

Sedangkan kamu..masih lagi seronok berkumpul di bawah tiang lampu jalan sehingga larut malam. Berbual

kosong dan bergelak ketawa, berbekalkan sekotak rokok dan sebuah motor buruk kepunyaan ayah , yang

keesokan hari akan ke sawah membanting tulang?

Kakak, RBR Bakery bukan dibuka untuk menunjuk-nunjuk kekayaan. Tetapi..untuk

menunjuk-nunjukkan kesungguhan, kesabaran dan keupayaan merancang masa depan

seorang insan kerdil dibumi Allah. Ibu nak menjadi bukti, semoga anak-anak didik ibu akan

bersungguh-sungguh dalam semua pekerjaan, menepati masa, berimpian, merancang dan

bertindak serta memahami dan menyedari kepentingan Bahasa Inggeris di dunia sebenar.

Memahami bahawa, setiap kali kita berdoa kepada ALLAH, pasti akan diberikan jika kita

bersungguh-sungguh!


Lihat di sekeliling mu anak-anak didikku! Berusahalah dari sekarang. Meriahkanlah

masjid baru kampung kita. Jangan lupa, SOLAT 5 Waktu. Juga penuhkanlah Perpustakaan Desa. Isilah masa

mudamu dengan ilmu. Kelak jika kamu bukan seorang doktor mahupun seorang

pegawai tinggi ,

kamu bakal menjadi seorang insan yang berguna dan berjasa kepada keluarga,

negara dan bangsa!

Ikhlas dari seorang guru lama.
.

10 December 2009

Ringkas-ringkas Aje..

Jam 10.30 pagi..
Nak masak apa? Mmmm...

Ada ayam,
ada kentang,
ada lobak merah..

Masak kari?
Tak boleh...banyak guna santan, kolestrol dah mula naik..

Pedas sikit?
Tak boleh...nanti Darwisha ( 3thn ++) tak boleh makan..

Buat rendang?
Tak boleh.. santan / susu jugak..

Aaa Hah!
Rebus je..Stew kata orang barat..
Itu pun guna resepi sendiri..HANTAM aje..

Resepi ayam rebus ala SE..Ti....You!..- untuk makan 2 orang je..
Bahan-bahan:

2 Kaki ayam
2 Kepak ayam
1 Leher ayam
Sedikit isi ayam
( JANGAN buat lawak heh...t**k ayam x guna )
1 ( kuntum ? ) bunga lawang
1 15 cm halia ( ketuk je..)

1 ulas bawang besar ( potong 4 )
1 ulas bawang putih
1 ( batang ? ) kulit kayu manis
1 biji kentang ( potong 4 )
Lobak merah sederhana besarnya -potong kiub
sedikit garam dan lada sulah
Air paip - bubuh takat semua ayam tu tenggelam je...


daun bawang dan daun sop untuk hiasan.
Nak cantik lagi..bubuhlah lada merah sikit..

Cara? Masukkan semua bahan. Rebus je...ringkas kan? Letak garam sikit, pastu tu..bila dah agak lembut kentang dan ayam..tambah ikut citarasa sendiri..

Oppssss..
Kalau baru belajar masak..kena tunggu ye..nanti kering pulak sop tu..

Gambar?...Nanti dulu...lom siap...

Tengok jam lagi..
Masih awal..
Jam 11.15 pagi baru masak nasi..

Cari lagi...
Ada sawi, cili padi dan isi durian..

Baik...
Tumis sayur sawi,
Masak telur dadar,
tumbuk cili api dengan garam...ambik isi durian ( fresh ye..) tak berapa suka tempoyok!

OK..Set!
Dah siap......