10 June 2010

My busy day..


Nota untuk kakak..

Setelah hampir 2 bulan beroperasi, ibu dah dapat ikut 'beat operation'.

Kakak jangan susah hati..ibu dah boleh 'cope'.

Mula-mula...buat kek, ashtu..buat adunan roti, sambil tunggu kek masak,
adunan roti mula dibentuk..

Tinggalkan roti tadi, kek pun dah masak.

Biar kek sejuk dulu..buat aising plak.

ashtu..dah siap aising, roti dah kembang..bakar plak..

Hias pulak kek tadi..

Tunggu bebarap minit, roti plak masak..

Done!

Hmm..amacam? Agak2 boleh tolong ibu bila abis belajar? allah..bukan susah sangat

25 May 2010

Alhamdulillah..

Kakak,

Hari ini genap 34 hari bakeri beroperasi.
Alhamdulillah..sokongan dari rakan dan penduduk sekitar amat baik.
Alhamdulillah juga...dapat pembantu yang jujur, amanah, sedia menerima teguran dan
cepat belajar. Iza, isteri Udin..terima kasih banyak-banyak kerana sudi membantu.
Umur dia sebaya dengan kakak! Jodoh dia sampai dulu..

Kakak,

Ibu tak berupaya nak buat semuanya..roti, kek dan biskut..
Roti aje ada macam-macam jenis..Kek dan biskut pun sama..
Ibu yang terpaksa buat semua..daripada beli bahan, memasak dan menjual..
Bukan ke kita kena jadi KU LI dulu..baru boleh jadi BOS?
Setuju?

Harapan ibu, bila Ibu bertungkus-lumus dan bersusah-payah mencari rezeki..Kakak, Izzat dgn Hadi kena la..bertungkus-lumus belajar dengan bersungguh-sungguh, okay? Allah tidak akan mengubah nasib kita, jika kita tidak berusaha memperbaikinya..

14 March 2010

Countdown

Kak..
Kedai dah hampir siap bangunannya.

You won't believe me if I tell you the colour. Of course...
my favourite colours.
RED and BLUE!

But,
those colours are weirdly, weirdly..
BEAUTIFUL!
for me of coz'

Wanna have a look?

I'll sent you the photos..
Next time..

11 February 2010

Freezer

Bila dah beli 'freezer' besar..

banyak benda boleh kita sediakan untuk menjimatkan masa..

terutamanya kalau keje sebelah pagi.

Contohnya:

Buat sandwiches dr 1 buku roti..
Balutkan tiap satu hidangan dgn 'cling film' kemas-kemas.
Buatlah untuk empat, enam atau lapan hidangan..

Bila nak makan,
keluarkan yang diperlukan aje..
Biarkan dalam suhu bilik,
dalam 30 minit kot..
baru boleh makan

Tapi ingat..

letak daun salad, masa nak makan je..
Gambar x dapat upload..

Problem..

Hehehe..tunggu le anakz-anakz balik..

Ambik satu basic recipe..

alter..

hmm...

boleh letak kat kedai !

Kek ape tu?

Vanilla je...