15 July 2010

RBR Bakery

Alamat Kedai:

Simpang 3, Ulu Dedap,
Jalan Seberang Perak,
36000 Teluk Intan,
Perak

03 July 2010

SK Sg Jejawi



SKSJ

Alhamdulillah..kini tahun ke 21 ibu bekerja di sekolah ini.

Terasa seperti baru semalam, berkhidmat di sini. Anak-anak

didik ibu sekarang, dah ada yang jadi pensyarah, doktor, pegawai

tinggi di bank dan berkhidmat sebagai guru ( Hanya menyebut beberapa jenis pekerjaan mereka..).

Yang di IPT awam atau swasta dan yang sudah kahwin pun tak kurang ramainya..Kini, ada

diantara anak-anak mereka yang ibu ajar..

Nama-nama seperti, Rosmaizura, Siti Aishah, Solehah, Hasnah, Rafidah, Alias, Zainol dan

beberapa nama lagi..masih kekal diingatan . Yang lain bukan tak ingat..saban tahun, ada je

nama-nama yang sama berulang-ulang. Kadang-kadang..ibu cuma panggil nama mereka macam

ni je.." Anak Suparman" atau " Adik Suzana" . Syukur alhamdulillah..mereka tak membantah..

( Oppss..Sudah tua kah aku? )

Pencapaian anak-anak didik ibu sekarang, tidak lah sehebat mereka yang terdahulu..

Kemungkinan, arus kemodenan dan kemudahan yang melimpah-ruah menyebabkan mereka

kini kurang berusaha..terutamanya yang lelaki..

Tapi Kakak..ibu tak akan berputus harapan..kalau mereka tidak cemerlang sekarang..

semoga kata-kata semangat dan nasihat ibu, akan membantu menyedarkan mereka semasa

di sekolah menengah.. Nota : Alahai..anak bangsaku..terutamanya lelaki..

Sedarlah..Bangsa siapa yang memonopoli kekayaan bumi Tanah Melayu? Yang menguasai ekonomi

negara? Yang membawa van-van besar sarat dengan barangan jualan untuk peruncit di kampung kita?

Sedangkan kamu..masih lagi seronok berkumpul di bawah tiang lampu jalan sehingga larut malam. Berbual

kosong dan bergelak ketawa, berbekalkan sekotak rokok dan sebuah motor buruk kepunyaan ayah , yang

keesokan hari akan ke sawah membanting tulang?

Kakak, RBR Bakery bukan dibuka untuk menunjuk-nunjuk kekayaan. Tetapi..untuk

menunjuk-nunjukkan kesungguhan, kesabaran dan keupayaan merancang masa depan

seorang insan kerdil dibumi Allah. Ibu nak menjadi bukti, semoga anak-anak didik ibu akan

bersungguh-sungguh dalam semua pekerjaan, menepati masa, berimpian, merancang dan

bertindak serta memahami dan menyedari kepentingan Bahasa Inggeris di dunia sebenar.

Memahami bahawa, setiap kali kita berdoa kepada ALLAH, pasti akan diberikan jika kita

bersungguh-sungguh!


Lihat di sekeliling mu anak-anak didikku! Berusahalah dari sekarang. Meriahkanlah

masjid baru kampung kita. Jangan lupa, SOLAT 5 Waktu. Juga penuhkanlah Perpustakaan Desa. Isilah masa

mudamu dengan ilmu. Kelak jika kamu bukan seorang doktor mahupun seorang

pegawai tinggi ,

kamu bakal menjadi seorang insan yang berguna dan berjasa kepada keluarga,

negara dan bangsa!

Ikhlas dari seorang guru lama.
.