30 May 2011

Kek Lobak Nenas


Resepi untuk catatan sendiri:

Dapat resepi dari sini

yg dtg dari dapur CMG, yg asalnya dari blog Jun Cupcake

Saya ubahsuai ikut suka hati jer.... maaf ye..Saya buat 2 adunan - untuk majlis

di Bagan Datoh. Satu lagi..ikut bahan yang ada kat kedai jer.. Buat pun main

campak-campak..hehehe.. bukan pandai..malas!

Kek Lobak Nenas

Bahan-bahan :

4 cwn tepung gandum *

1 sudu besar baking powder*

1 sudu teh soda bicarbonate*

1 camca teh garam halus* - saya x bubuh..

lupe.
.

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)-

saya tumbuk 2 btg kulit kayu manis dan tapis,

x cukup pun 1 sudu teh .


8 biji telur gred "A"

3 cawan minyak masak

2 cawan gula halus

5 cawan parutan lobak merah, -

biarkan 5 minit dlm oven dan biar pada suhu bilik


2 cawan nenas dalam tin, toskan dan gunting kasar - malas,

kan saya dah bagitau tadi..kalau rajin, cincang..


1 cawan kelapa kering


Bahan Cream Cheese Frosting:

1000 g mentega putih

1 ketul cream cheese ( x ingat berat )

1 camca teh jus lemon

300g gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak dan gula, kacau dengan

whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 kering yang diayak tadi + lobak + kelapa kering ,

gaul perlahan ( setengah bahagian dulu )

Masukkan nenas, gaul sebentar dan masukkan sebahagian lagi baki bahan kering

Gaul rata .

Tuang dalam 2 tin pembakar dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

Nota:-

Tadi tu versi MALAS saya..kalau nak cuba, jenguk-jenguk resepi kat

dapur mereka.

Yang pasti, lembab, gebu dan seeedap..cubalah..

26 May 2011

Kelas Kek Fondant

Apa itu fondant?.

Cuba klik kat sini

Cantik kan?

Tapi..kek macam ni kalau jual di tempat saya..ada ke yang sanggup beli?

Cer cite..

Apa pun..Saya nak ucapkan tahniah buat

Puan Yasmin!

kerana buku keduanya akan berada di pasaran. Perbanyakkan lagi ilmu dalam

Bahasa Kebangsaan kita, k.

Semoga Puan terus berkarya.

Saya pulak?

Bila agaknya boleh menghadiri kelas kek fondant puan??

( Perkenankan Ya! Allah.. amin )

23 May 2011

Resepi baru


Mencari resepi baru untuk dijual kat kedai

Jumpa satu blog ni

Akak ni..memang rajin masak

Saya pun suka juga..

Tapi paling berkenan dengan resepi talam sagunya.

Resepi saya kongsikan bersama di sini :


TALAM SAGU

Bahan:

lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis/( ilahjy gantikan dgn sagu yg telah direndam dan toskan sukat jadi 1 cawan)
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna kuning/( akak ilahjy tak letak )
1 sudu teh garam

caranya:
campurkan kesemua bahan gaul sebati kacau atas api sehingga naik wap. kukus selama 20 minit. setelah itu cakar dgn garpu baru dituangkan bahan atasnya. acuan hendaklah di sapu minyak terlebih dahulu. ilah jy tak alas pun dgn plastik molek jer talam ni keluar dari loyang..

bahan atas:

2 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan( 3 helai daun pandan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung/ilah jy gantikan tepung beras sebab tepung jagung habisss
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula/ilah jy masukkan 6 sudu besar sedang elok jer manis dia..
1 sudu teh garam
pewarna hijau/ilah jy gantikan warna unguu..

caranya:
satukan kesemua bahan sehingga sebati, kacau atas api sehingga naik wap dan tuan ke atas lapisan sagu tadi kukus selama 30 minit. sejukkan sebelum dipotong

Nota: Terimakasih kepada akak ilahJY,yang dapat dari nieza dan yatie . Gambar kat atas itu pun dari blog kak ilahjy. Silakan ke dapurnya.

02 May 2011

RBR Bakery - Sempena Hari Ibu


Potongan 20% untuk setiap kek seberat 2.00kg dan keatas.

Tempahan dibuka sehingga 7hb. Mei

* Keahlian percuma dengan setiap pembelian
1.5 kg kek