Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

24 July 2012

RAMADHAN

Makluman untuk pelanggan yang dihormati,

Permis kami tidak beroperasi sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah akan dibuka semula SEMINGGU selepas hari raya nanti.

Selamat Berpuasa.

07 July 2012

Baru di RBR Bakery

Monster Cookies - produk baru

Biskut paling laris di bakeri - chocolate chip cookies

Kek Perkahwinan salah seorang pelangan VIP
Seronok dapat menghasilkan kek yang cantik ni.. Terima kasih..
* dapat pujian dan penghargaan pengantin dan keluarga pada keesokkan harinya. Alhamdulillah






Kek Red Velvet pesanan khas dari rakan blogger di Denmark khusus buat ayah mertuanya. Mereka sangat gembira dan agak terkejut dengan pesanan khas ni... Terima kasih Su atas kepercayaan dan sokongan yg diberikan.







Cupcakes juga tempahan daripada Su. Semoga cemerlang dalam pelajaran semasa berada di sana. Amin



Petua buat biskut

Salam persahabatan..

Cuma nak kongsi petua buat biskut dengan anda semua.

Blog ini boleh di jadikan rujukan.

Kak Wan punya blog , memang jadi antara rujukan saya.

Untuk pengetahuan Puan Ani ( pernah membeli buku resepi saya beberapa tahun dulu..),
seperti Puan, saya pun pernah menghasilkan biskut yang keras . Setelah beberapa tahun
membuat R & D (cuba jaya ), alhamdulillah barulah saya berpuashati dengan hasilnya.

Resepi yang saya dapat, bukanlah dari internet atau sebagainya. Ia adalah dari kelas-kelas
membuat biskut yang saya sendiri hadiri..( Ketika itu, saya tidak mempunyai komputer
sendiri dan tak pandai menggunakannya! ) . Semuga puan Ani berpuas hati dengan jawapan
saya. Apa-apa pun, terima kasih kerana mencuba..)

Buat yang lain pula.. sudi-sudikanlah menjenguk blog Kak Wan. ( TQ akak kerana berkongsi
ilmu..Minta dihalalkan..)