Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

24 January 2011

Minggu buat Puding

Minggu ni nak cuba buat puding.

Banyak resepi yang diambil secara terus dari sumber. Antara resepi yang akan dicuba nanti..

Semua untuk dikongsi bersama.

Terima kasih untuk tuan punya resepi.

Puding gula hangus.

Sumber:Alia@myresipi.com

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

• 400cc(400ml) susu segar/susu cair
• 5 sudu besar gula halus
• 3 biji telur- pada suhu bilik
• 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
• 2-3 titik esen vanila
• [ KARaMEL ]
• 5 sudu besar gula
• 2 sudu besar air
Cara-cara
1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

* Kakak, cuba..jangan tak cuba..Yang pasti, kena buat banyak kali..

21 January 2011

Ziarah Zaini, Ayu dan Keluarga

Gambar Achik yang sempat ibu rakam.








Gambar anak-anak juga.

Kek Coklat lembap

Cerita balik tabir:

Hari Sabtu lepas, ibu dapat tempahan kek pertunangan seberat 2 kg. Juga

3 bekas kek coklat lembap. Masa tu..dalam perjalanan balik dari menziarah

Achik di Kuala Nerang.

Gambar kek tu..





Kek Coklat tu, ibu x sempat nak snap gambarnya.

Tapi, mula-mula, Ibu ambik 2 cwn gula pasir.

Pas tu..1 cwn susu dan air, 1/2 cwn serbuk coklat

dan secawan mentega cair dikacau rata bersama-sama telur.

Bila agak rata, ibu masukkan 2 cwn tpg dan sesudu kecil serbuk penaik.

Ibu kukus lebih kurang 45 minit.

Dah siap..

07 January 2011

Kuih Siput


Kak Dah rasa nak makan kuih siput. Jumpa dengan satu resepi ni. Ok gak..
Tapi ..ada kurang sikit...sampai tak sempat nak amek gambar..
Resepi dari : syahmi@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur- Kak Dah x letak
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)- Kak Dah ganti ngan pati ikan bilis
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli- ni pulak danti ngan air jer..

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing

* kurang sikit..sebab x banyak..licin sebelum sempat nak tunggu goreng kali ke 2? Anyway, thanks, Syahmi.

She can do it!!

Hey.

You can do it!!

AnizZZ can do that!!

What a relief..

I thought, she won't help me..but she did!!

Err.....ke... Sebab dah nak balik kampus??

Mmm....

( hepi kejap je...)

Kek Padang Bola


Kek Span Coklat + Vanilla Krim - 2 kg

Cerita balik tabir:

Cubaan pertama buat kek Padang Bola untuk Hafiz sempena

Hari Lahir yang ke 9.

Selamat Hari Lahir, Hafiz!