25 November 2010

Rezeki - Allah lebih mengetahui

Kakak,

Ibu suka sangat kalau orang buat pesanan kek 2 hari lebih awal..

Bukan ape..kek yang baru di buat..rasanya lebih segar. Kalau dah lama dalam peti sejuk,

rasanya kurang sedap la.. ( kita mesti beri orang makan, ape yang kita suka makan)

Macamana pun, kek kat kedai kita, ibu sentiasa pastikan usianya x lebih dari seminggu..

Kalau masih x dapat keluar dari peti sejuk tu...

ikut rezeki pelanggan seterusnya...

SEDEKAH je...x rugi kan? InsyaAllah..dapat pahala lagi..

Kedai biasanya kita tutup jam 6.15 petang..Kadang-kadang ada yang datang masa kita bersiap

nak balik rumah..( waktu Maghrib masuk awal )

Ibu x nak hampakan orang...Cuba bayangkan kalau kita berada di dalam keadaan mereka..

Ini salah seorang daripada pelanggan RBR Bakery yang datang lewat petang Khamis

hari tu...Terima kasih

banyak-banyak ya dik . Semoga berbahagia dengan keluarga tersayang. (Klik di sini)

18 November 2010

Makluman

RBR Bakery tidak beroperasi mulai hari esok ( Jumaat 19hb. Nov. 2010 ) sehingga ( Selasa 7hb

Dis. 2010 )

Maaf, kami tidak dapat menerima sebarang tempahan, kek, roti dan biskut sepanjang tempoh ini.

Terima kasih atas kerjasama anda.

Projek

Nak tulis sikit tentang satu pengalaman yang menggetarkan perasaan...

Bukan apa..silap faham sikit, menggelabah dibuatnya. Ceritanya begini..

Ibu dapat satu pesanan melalui telefon , untuk 100 biji ( ? ) roti,

100 bungkusan biskut dan 100 biji kek coklat lembab. Bajet RM XXX.XX.

Hmm..tarikhnya pada 21hb Nov, 2010. Tengok kalendar..hari Ahad..Okay, set.

Abang Aji ni..datang untuk confirm at the very same day.

Ibu pun apa lagi..Ada seminggu untuk plan..

2 hari pertama, ibu buat biskut...kalau x silap hari Khamis dan Jumaat..Okay, half done!

Petang Jumaat tu, dapat panggilan dari adik ipar ...

J : Nape tak datang kenduri kawin rumah Abang Cik? Kami tunggu ni..

I : ??? Kenduri?? Err...hari ni ke?

J : 13hb kan? Ari ni la..Esok Majlis Qiqah Abang Aji..

I :Huh! Betul ke, esok dia kenduri? ( Allah!.. Roti ngan kek x buat lagi...)

Ibu pun..cuba bertenang...Tarik nafas dalam-dalam...dan mula plan..Alhamdulillah, semua

bahan dah ada..

I :Kakak, Angah, Iza..kita ada projek. Bukan minggu depan, tapi ESOK!!

Dipendekkan cerita..semuanya selesai pada jam 9 malam..

Malam tu..untuk pertama kalinya..ibu buat projek sampai terMUNTAH!

* Malam tu juga, ibu telan sebiji pil sakit urat dan alhamdulillah, pulih sepenuhnya keesokan hari.

05 November 2010

Deepavali

Tiga hari lepas, bertungkus-lumus siapkan 'order' dari Vasanthi.
(Terima kasih sebab menaruh kepercayaan terhadap RBR Bakery)


Buat 3 jenis biskut-Bintang Malam,
Almond London,
dan AFCC Cookies.
3 bekas kecil,kek coklat lembap.


Disebabkan kamera lama yang dah rosak teruk...
memang x ada gambar untuk dijadikan bukti.


Geram Betul!
Hangin satu badan!
X boleh jadi..


Masa nak hantar biskut-biskut dan kek tu..
Buat2 terlajak gi kedai kamera..


*************************

Ibu: "Angah..tolong ibu pilih satu kamera.."

Angah: "Err...(Biar betul ibu ni?)..." -Memang dia x caya!

Ibu:
"Betul...hm....bajet RM500..(Eh! Ade duit ke x ni? Biarlah...invest untuk bisnes)

Memang ibu betul-betul ALL OUT.



Ibu:
"yang mana ok? Ni ke?"-sambil tunjuk yang harge RM500"

Angah: "Ntah..kalau nak gambar yang cantik,yang ni.."-Die tunjuk yang harge RM1500

Ibu: "Check tengok.."



Dan...pikir lagi..duit yang ini + yang itu,buat ini + buat itu =RM1800.

Ibu: "Okey,settle.."

Inilah rupa kamera baru saya...:)