Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

07 July 2012

Petua buat biskut

Salam persahabatan..

Cuma nak kongsi petua buat biskut dengan anda semua.

Blog ini boleh di jadikan rujukan.

Kak Wan punya blog , memang jadi antara rujukan saya.

Untuk pengetahuan Puan Ani ( pernah membeli buku resepi saya beberapa tahun dulu..),
seperti Puan, saya pun pernah menghasilkan biskut yang keras . Setelah beberapa tahun
membuat R & D (cuba jaya ), alhamdulillah barulah saya berpuashati dengan hasilnya.

Resepi yang saya dapat, bukanlah dari internet atau sebagainya. Ia adalah dari kelas-kelas
membuat biskut yang saya sendiri hadiri..( Ketika itu, saya tidak mempunyai komputer
sendiri dan tak pandai menggunakannya! ) . Semuga puan Ani berpuas hati dengan jawapan
saya. Apa-apa pun, terima kasih kerana mencuba..)

Buat yang lain pula.. sudi-sudikanlah menjenguk blog Kak Wan. ( TQ akak kerana berkongsi
ilmu..Minta dihalalkan..)


11 February 2010

Freezer

Bila dah beli 'freezer' besar..

banyak benda boleh kita sediakan untuk menjimatkan masa..

terutamanya kalau keje sebelah pagi.

Contohnya:

Buat sandwiches dr 1 buku roti..
Balutkan tiap satu hidangan dgn 'cling film' kemas-kemas.
Buatlah untuk empat, enam atau lapan hidangan..

Bila nak makan,
keluarkan yang diperlukan aje..
Biarkan dalam suhu bilik,
dalam 30 minit kot..
baru boleh makan

Tapi ingat..

letak daun salad, masa nak makan je..

21 January 2010

Air! Air! Air!

Setiap pagi, saya pasti tak lupa
bancuh secawan air bersusu ditambah dengan 5 sudu oat.

Kalau paling tak sempat pun..mesti minum segelas air suam kosong.

Selang 15 minit lepas tu..kena pi pulak buang air!
Bila difikirkan, badan kita memang perlukan banyak air.

Cuba kita amalkan apa yang saya baca hari ni..
dari buku kecil yang dah hilang muka surat depan - oleh Jane Scrivner

Katanya....
1. Minum 1.5 litres air ( jenis alkali terutamanya ) / 1 botol besar air
setiap hari.

- Membantu menyegarkan badan, perkumuhan dan kurang rehydrates.

2. Turn on shower kepada cold dalam 30 saat
setiap pagi.

- Air sejuk akan jadikan badan lebih segar!

3. Kurangkan minum air teh atau kopi . Secawan sehari , selama 1 bulan.
Dah tu..jangan minum lagi air-air yang berkefin.

- Perhatikan perubahan pada kulit kita. Rasa lebih relax dan tidur lebih lena.

4. Kita basuh rambut ngan muka dengan air tiap hari,
tapi kita tak boleh cuci organ dalaman setiap masa.

- Minum segelas air lobak setiap hari
- Minum air dari segugus anggur merah.

Tapi..kata saya....

Basahkan anggota badan ngan air sembahyang setiap masa!
InsyaALLAH akan lebih baik segala-galanya...

Note: Betul ke?

05 January 2010

Kurangkan 'stress'

Amalkan memakan 1 biji ' Evening Primrose Oil' setiap hari.

Sangat membantu mengurangkan stress dan menenangkan perasaan.