Showing posts with label CaKe. Show all posts
Showing posts with label CaKe. Show all posts

26 September 2014


16 December 2011

Kek lagi


Tempahan dari Siti Rohani. Terima kasih
Selamat Pengantin Baru

Kek


Kek tempahan Cikgu Ani buat adik iparnya. 
Terima kasih atas sokongan yg diberikan. 
Buat Najibah dan suami, semoga diberkati Allah dan kekal ke anak cucu. Amin.


Tempahan dari Noraini.  Alhamdulillah, kedua-dua pasangan merupakan  anak didik Kak Dah. Semoga mereka juga diberkati Allah dan kekal ke anak cucu. Amin.



Terima kasih Yana kerana telah memberikan perkhidmatan yang sangat baik.
Cik Dah harap Yana akan kekalkan sikap yang ada pada diri Yana.


Percubaan kali ke 2

29 July 2011

Kek Lobak Merah

Sumber: CMG ( resepi asalnya oleh Kak Ida dapat
dari
1001resepi).

Terima kasih kerana berkongsi resepi. Kalau nak resepi asal, sila ke dapur CMG.


Projek petang ni - teringin nak makan kek lobak merah. Hari tu buat sebab nak bawak pegi Bagan Datoh. Kek ni dah buat lebih 3 kali..

Kali ni ..nak buat dalam paper cup..pulak


Mmmm...ada 3 batang (? ) ketul ( ? ) lobak dalam peti sejuk..Toleh kiri, nampak setin nenas.. Cream cheese ? Hah! ada..

Mulakan...

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum*
2 sk baking powder*
1 1/2 sk soda bicarbonate*

1 sk garam halus
1/2 sk serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)-kdg2 x bubuh pun
2 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
2 1/2 cawan parutan lobak merah,
masukkan dlm ketuhar 10 minit kemudian sejukkan
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Frosting:

100 g mentega
125 g cream cheese
1 sk jus lemon
2 sk gula aising

Cara :

1. Panaskan oven pada suhu 180C

2. Sediakan beberapa paper cup - dapat 32 biji lebih kurang
3. Dalam satu bekas - masukkan telur, minyak jagung dan gula -
kacau 5 minit
4. Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
5. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
6. Gaul rata .
7. Tuang dalam
paper cup dan bakar selama 17 - 20 minit atau hingga masak.
8. Sejukkan kek atas radai sebelum disapu dengan cream cheese tadi.


Untuk Cream Cheese Frosting :

1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati
2. Masukkan gula aising dan jus lemon, putar hingga gebu .
Gunakan kelajuan sederhana.

3. Hias ikut kreativiti anda.

* sk = sudu kecil