29 July 2011

Kek Lobak Merah

Sumber: CMG ( resepi asalnya oleh Kak Ida dapat
dari
1001resepi).

Terima kasih kerana berkongsi resepi. Kalau nak resepi asal, sila ke dapur CMG.


Projek petang ni - teringin nak makan kek lobak merah. Hari tu buat sebab nak bawak pegi Bagan Datoh. Kek ni dah buat lebih 3 kali..

Kali ni ..nak buat dalam paper cup..pulak


Mmmm...ada 3 batang (? ) ketul ( ? ) lobak dalam peti sejuk..Toleh kiri, nampak setin nenas.. Cream cheese ? Hah! ada..

Mulakan...

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum*
2 sk baking powder*
1 1/2 sk soda bicarbonate*

1 sk garam halus
1/2 sk serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)-kdg2 x bubuh pun
2 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
2 1/2 cawan parutan lobak merah,
masukkan dlm ketuhar 10 minit kemudian sejukkan
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Frosting:

100 g mentega
125 g cream cheese
1 sk jus lemon
2 sk gula aising

Cara :

1. Panaskan oven pada suhu 180C

2. Sediakan beberapa paper cup - dapat 32 biji lebih kurang
3. Dalam satu bekas - masukkan telur, minyak jagung dan gula -
kacau 5 minit
4. Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
5. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
6. Gaul rata .
7. Tuang dalam
paper cup dan bakar selama 17 - 20 minit atau hingga masak.
8. Sejukkan kek atas radai sebelum disapu dengan cream cheese tadi.


Untuk Cream Cheese Frosting :

1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati
2. Masukkan gula aising dan jus lemon, putar hingga gebu .
Gunakan kelajuan sederhana.

3. Hias ikut kreativiti anda.

* sk = sudu kecil