28 February 2012

Piping Gel - Jom buat sendiri


Kali ni nak kongsi resepi Piping Gel

Jom, tengok gambar dulu...
Bahan-bahan:

1 cawan gula - boleh dikurangkan

2 sudu besar tepung jagung

1 cawan air

1 biji lemon - perah dan ambil airnya

Cara-cara:

1. Masukkan gula, tepung jagung dan air ke dalam periuk bertangkai.

2. Kacau hingga gula larut.

3. Masukkan perahan air buah lemon, kacau lagi.

4. Kali ini, letakkan periuk tadi atas api besar. Kacau hingga bancuhan agak likat dan jernih.

5. Apabila bancuhan mula menggeleggak, kacau lagi seminit dua.

6. Padamkan api, teruskan mengacau dengan agak laju.

7. Biarkan bancuhan sejuk pada suhu bilik.

8. Simpan dalam bekas bertutup . Letakkan ke dalam peti sejuk.

* Bancuhan ini tahan selama 2 hari sahaja sebab tiada bahan pengawet..Boleh tambah warna ikut suka


19 February 2012

Mulianya hati kalian berdua..

Alhamdulillah,

Walaupun Ibu mungkin bukan orang yang bertuah memiliki buku-buku ini,

tetapi rasa teruja untuk mengikut usaha mereka.

Mulianya hati kalian...


07 February 2012

Jom Buat Roti Sendiri





Jom buat roti sendiri!

Nak belajar buat roti?  Ikuti kelas saya secara pakej. Buat tempahan awal. Hanya 5 orang pada satu-satu masa. Saya akan tunjuk-ajar:

ANEKA ROTI

Cara membuat Roti Ban Manis , Sausage Roll,Cheese Bread, Red Bean Bun, Clover, Caterpillar Bread, Chicken Floss,Sardine Bun, Choc Sprikle Donat, plain doughnut, regular and mini Pizza dan  Sandwich Bread

RM 180 /  pakej 





PILIH TARIKH ANDA


1. Tarikh /  Hari / Masa
Sabtu
25/2/2012
10 pagi - 5 petang




2. Tarikh /  Hari / Masa
Sabtu
10/03/2012
10 pagi – 5 petang


3.  Tarikh / hari / masa
Isnin
12/03/2012
10 pagi – 5 petang




4. Tarikh / hari / masa

Selasa
13/03/2012
10 pagi – 5 petang








Terma dan syarat:

1) RBR Bakery berhak membatalkan atau menunda mana-mana kelas yang didapati mempunyai kurang daripada 5 orang peserta. Bagi peserta yang telah membuat bayaran, kami akan menghubungi anda dan diberi pilihan untuk bertukar ke tarikh lain ataupun pemulangan bayaran.

2) Tempat terhad kepada 5 orang peserta sahaja. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang telah menjelaskan bayaran.
- Mohon kerjasama supaya anak kecil dan suami tidak masuk ke dalam premis semasa kelas diadakan.

3) Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum  tarikh kursus. Sila sms utk dapatkan nombor akaun bank MBB saya. Sekiranya anda lewat membuat bayaran dan kelas tersebut telahpun penuh, kami berhak memindahkan anda ke tarikh kursus yang lain.


4) Sekiranya anda tidak dapat hadir, anda boleh menunda kelas anda ke tarikh lain. Anda hanya dibenarkan menunda sekali sahaja. Sekiranya gagal hadir buat kali kedua, bayaran anda tidak  akan dikembalikan



* Hubungi untuk pertanyaan.