Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

28 January 2013

:: BUTTER COOKIES::

Produk paling laris di RBR Bakery 
sepanjang bulan Disember !!

Terima kasih kepada yang memberi sokongan..









* 6 pcs / pack
* individual packaging
*3 + 3 of same flavours
* RM ? Tu kena klik kat bawah ni..

Maklumat lanjut ada di sini.

24 January 2013

:: Resepi Roti / Bread recipe ::

Roti Manis

Sumbangan : Red Blue Ribbon Bakery ( http://redblueribbon.blogspot.com )

Bahan:

500 gram tepung gandum / tepung roti

1/2 sudu kecil garam

40 gram marjerin / lelemak

250 gram air ( lebih kurang - mengikut kualiti tepung kita )

125 gram gula kastor

15 gram yis kering

5 gram serbuk penaik

25 gram susu tepung 

10 gram pelembut roti

1 biji telur

Cara:

1. Campurkan air dan telur.

2. Campur / Satukan semua bahan kecuali bancuhan air dan telur tadi.

3. Tuang sedikit demi sedikit air tu.. 

4. Uli sampai lembut dan tidak melekat di tangan / tepi mangkuk mesin.


Tapi...akak selalunya guna mesin ni...Asasnya tetap sama




Selamat mencuba..









Buat roti sendiri :: Make your own bread pattern ::

Ada sesiapa nak cuba buat roti / pizza sendiri:

Mmm..dah ada resepi kan?

Kalau tak ada..klik kat sini.

Selepas diayak, diuli..tepung bancuhan adik kakak abang  tu..

timbang tepung 50 / 100 gram setiap satu



Cara pertama:

1. Masukkan  sosej dan pastikan dibalut kemas dengan adunan tepung tadi.


2. Ambil gunting dan potong seperti contoh di bawah.


3. Buka setiap satu bahagian secara bersilang. Kanan...kiri



4. Kanan ..Kiri

 5. Lagi..lagi..

6. Sampai jadi seperti ini..



7. Nak tabur apa di atasnya? Letaklah..campuran sayuran ( lobak  merah, kacang pis, jagung )

Kemudian tuangkan sos.

 Tunggu naik / kembang sekali ganda ..dan bakar di dalam ketuhar sampai kekuningan..

Cara kedua:

1.  Timbang adunan 60 gram.

2. Bahagi kepada 3 bahagian. 

20 gram setiap satu..lah kan? Seperti kat bawah ni.


3. Buat tocang seperti ini.


 4. Parutkan  keju




 4.  Tabur atas roti..

Oops..dah tau kan?

Sapukan kuning telur dulu..baru letak keju..kalau tak..

tak melekatla kita punya keju..



5. Macam biasa..tunggu naik sekali ganda..

Masak hingga kekuningan.