Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

10 August 2011

Kole Kacang

Assalammualaikum,
Minggu ini sedang cuba buat Kole Kacang.
Kuih kegemaran Kak Dah ni..
Sebab bukan semua tempat ada...



Bulan Ramadhan kali ini,
betul-betul pecah rekod peribadi :
TAK PERGI BAZAAR RAMADHAN!
Alhamdulillah...



Tapi kali ini pula,
tak selera makan nasi.
Hmmm....




Cerita pasal Kole Kacang,
kalau tak silap,
kuih ini terkenal sesangat di Johor.
( Patutlah susah nak cari di Teluk Intan, Perak! )



Anizz tak suka makan kuih pelik-pelik.
Hmmm....
Apa yang pelik tu, kakak?
Tahi minyak?




Caption : tahi minyak. Anizz cakap : Oil's shit.



Oleh sebab itu,
Kak Dah buat satu cawan tepung je.
Resepinya macam ni :



KOLE KACANG HIJAU
sumber : http://redblueribbon.blogspot.com yang asalnya dari sini








Bahan-bahan (7-8 orang)

: 1 cawan santan pekat (untuk buat tahi minyak) **
: 1 cawan gula merah *
: 2 sudu besar gula pasir*
: 1 cawan air *
: 1/2 cawan kicap lemak manis (sebagai ganti garam)
: 2 cawan santan
: 1 cawan tepung kacang hijau




Cara-cara

1) Masak bahan ** untuk jadikan tahi minyak. Bila selesai, ambil
tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyak di dalam
kuali.

2) Masak bahan bertanda * sehingga gula larut sejuk dan ketepikan dahulu.

3) Masukkan tepung kacang hijau, santan, dan air gula merah di dalam
satu bekas, dan kacau hingga sebati.


4) Masukkan adunan tadi di dalam peruk yang lain.
(Kak Dah guna periuk tanah 'clay pot')

5) Kacau selalu, jika tidak, akan bergentel nanti. Masak sehingga pekat dan
agak berkilat, tuang adunan di dalam bekas atau loyang.

6) Taburkan sengan tahi minyak dan potong bila ianya betul-betul sejuk/

7) Kalau tak sabar, kuih jadi tak cantik bila di potong. Macam Kak Dah
buat tu. Hehehe..





Nota Kak Dah :
Gula merah tu Kak Dah gunakan lebihan air gula
untuk buat cendol hari tu.


Jadi, cara ke 2 tu, sudah menjimatkan masa
Kak Dah. (work smart)


Kicap lemak manis tu menjadikan kuih gelap,
dan sedap!