Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

26 November 2011

Edit gambar Donat dan resepi

Assalam...dan Hello..

Pagi ni saje nak share resepi Donut.

Semalam, ada pelanggan order nak 10 biji donut.  Mmm..kalau kat bakeri, ok.    Momantai...

Tapi ni..kat umah..mana ada mixer yg sesuai buat donat..Apalagi?  Guna mixer yg Allah berikanlah..

Donat ni lembut walaupun dibiarkan bawah kipas angin..Rangup diluar, lembut didalam..I tell you..
Produk yg dah siap, upenye macam ni.. Sebelum tu, konon nak tach ap gambar kat sini

Dapat dari satu blog adik ni. Thanks ye.. Tapi tak sesuai le..

Jadi ..cuba yg lain..

Pernah cuba kat Picnic.com

Dapat macam ni;

Ok jugak..bagi yang amatur macam akak ni..

"Oppss...Kak Dah, mana resepi Donut?"

Eh! Lupa lak.. ni..kat bawah.


Donat Simple - Versi uli pakai tangan
Sumber: cupcakez, bread, cookies and me..RBR Bakery

Bahan utk water rouxdisediakan dulu, sebab kena berada pada suhu bilik . Dapat banyak kali buat nih....

Setengah cawan tepung 
2 1/2 cawan air
2 cubit garam

Cara nak buat:
1. Masukkan tepung dan garam dalam periuk
2. Tuang air sedikit-sedikit sampai bancuhan x bergentel
3. Masak atas api perlahan sambil kacau.
4. Lepas 2 minit menggelegak. Tutup api dan biarkan sejuk.

 Bahan buat donat -
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar gula
5 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil bahan tutttt..( saja x nak tulis kat sini..nak tengok respon pembaca blog yg berminat. Sowi..)
3 sudu besar yis kering
2 sudu shorterning / majerin pun ok
secubit dua garam
4 sudu besar water roux
5 ketul kecil air batu + air lebih kurang 2 cawan

Minyak utk menggoreng

Cara:

1. Masukkan tpg yg tlh diayak, gula, garam, yis, susu pekat dan water roux ke dlm mangkuk adunan .

2. Buat lubang kat tengah2 campuran tpg tadi.  Tuang air perlahan-lahan.

3. Masukkan marjerin dan bancuh adunan, sampai semuanya jadi doh yg sedikit melekit. Tak apa..ok tu.. Perap 5 minit.

4, Canaikan, tak pe..letak tepung supaya kurang melekit. Biar lebih kurang 10 minit lagi. 

5. Goreng guna minyak banyak..Cubalah..












23 November 2011

Strawberry vs Mangoesteen

Tempahan biskut untuk hantaran Majlis Perkahwinan @ Pertunangan?

Hubungi untuk sebarang pertanyaan.

Contoh:







Puding roti ekspaiyed

Petang semalam teringin nak masak-masak utk minum petang.

Nak goreng pisang? Pisang belum sesuai utk digoreng.

Ternampak sebungkus roti sandwich kat atas meja dapur..

Mmmm..boleh buat apa dgn roti ni, ye?

Belek-belek resepi puding, bahan pulak x cukup..

So..ibu buat je resepi modifaid..

Sebelum tu..tengok dulu hasilnya kat bawah ni.


Puding Roti ekspaiyed ( makan untuk 4 -6 orang )


Bahan-bahan
5 keping roti hampir luput tarikh
1 sudu besar ( 10 g ) agar-agar serbuk
1 biji telur  saiz kecil
1/2  cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
5 cawan air ( akak guna air paip je..)
secubit garam halus
dua helai daun pandan - siat2 dan simpulkan
pewarna hijau
sedikit emulco pandan

Cara buat


1. Roti 4 keping dicarik-carik. Campak je ke dlm blender.
2. + serbuk agar- agar, gula, susu, telur, air dan garam.
3. Kisar lebih kurang 3 minit.
4. Tuang ke dalam periuk.
5. Masukkan daun pandan, emulco dan sedikit pewarna hijau.
6..Guna api kecil, kacau sentiasa hingga menggelegak.
7. Masukkan baki sekeping roti lagi, dicarik-carik dan kacau dlm periuk tadi
8. Tuang dalam acuan - ikut kreativiti.
9. Bila sejuk, masukkan ke dlm peti sejuk dan hidang.

Haish..sebenarnya, bukan susah sangat buat ni. Penerangan aje yg menjela-jela.

Nak tulis bahasa pasar, sedang cuba nak MBMMBI...

Sy bercadang nak tambah menu ni untuk jualan di bakeri nanti, insyaALLAH.

* Watermark dayang_rbr@myresepi tu..sy punya.
    - Cari resepi cucur sosej? Ada kat sini.












15 November 2011

Resepi Agar-agar lapis



Baru-baru ni gi ke jamuan perjumpaan guru-guru BI dengan Mr Raymond.

Hampir setengah jam cari rumahnya..

Isterinya, Susan, orang Vietnam. Pandai memasak.

Bekas sorang chef kalau tak silap.

Suka tengok dia mencampurkan beberapa bahan untuk dibuat salad mangga ( kerabu? ).


Disebabkan dah berjanji nak menghadirkan diri ( terlupa yg hari tu hari Isnin),

dalam keadaan berpuasa pergilah jugak dengan si Raihanah.

Tapau salah satu pencuci mulut yg dihidangkan. agar-agar lapis..kalau tak silap boleh gunakan

resepi macam ni kot.. tapi buatlah macam dia..Dua rasa, pandan dan kopi..


Satu lagi dia gunakan kacang hijau tanpa kulit, lengkong hitam, kismis dan laici..Kedua-duanya sedap dimakan.

Letak gambar ini pun untuk buat rujukan masa akan datang.

Terima kasih Susan










Logo bakery