22 December 2010

Alhamdulillah

Kakak,


Ibu ingatkan..bila cuti persekolahan, dapatlah rehat-rehat.

Rupa-rupanya, macam makin sibuk pulak!

Awal musim cuti, sibuk dengan persediaan perkahwinan Pak Su Razif.

Satu minggu untuk persiapan dan persediaan . (Nek dgn atok dalam

kesedihan masa ni bila terkenangkan Achik dan keluarganya di Kedah).







Mak Ngah
dan Pak Ngah pulak, sibuk dengan memenuhi undangan dari pelbagai pihak yang

memerlukan kehadiran mereka. ( Mak-mak saudara dan bapa-bapa saudara yang lain pulak..

Mak De dgn Ayah Ude..ada peperiksaan. Ateh ngan Pak Teh, ziarah Achik - bagi pihak kami

sekeluarga).

Alhamdulillah - majlis berlangsung dengan lancar.

2 hari selepas majlis, Nek dan Atuk dan Angah ke Kedah. Yang lain-lain balik bekerja semula,

cuma Mak Ndak dgn Pak Ndak ambik cuti seminggu..Jadi, kami berempat berhempas-pulas..

Alhamdulillah - kerja-kerja selesai dalam masa 3 hari!


Kakak,

Maaf ye..ibu x bawa kamera masa hari Konvo ( sebab ikut peraturan majlis).

Kalau abah x letak kereta, 2 tingkat di bawah...mesti ibu dah lari
fes-fes pergi ambil!

Jadi...rakaman dalam memori je..Next Convo, k?

ANC?





Kek Pertunangan

Kek Cinta Sayang:

Oder dari Zubir untuk pasangannya.

Cerita balik tabir:

Zubir nak biarkan kosong je.. (Malu agaknya..). Bila masa nak ambil kek, dia terus minta dituliskan " Selamat Bertunang"


Kek Span Vanila dengan lapisan Strawberry dan Krim Keju


Terlupa nama pemiliknya

Cerita balik tabir:

Rasa x mahu dipamerkan je...Nampak sedap sangat dan terasa-

rasa, keenakkannya..

18 December 2010

Kek Perkahwinan

Kek Perkahwinan 2 tingkat:

Tempahan dari Kak Ham
( Jururawat yang banyak berjasa kat tempat kami ).

Cerita balik tabir:

Iza yang ambil tempahan untuk kek ni. Kebetulan pulak
dia x pasti nama pengantin

yang perlu ditulis di atas kek.
Sebab ada 2 kad jemputan
yang kami terima dengan nama pengantin

yang hampir sama!



Kek Oren dengan Krim Mentega



Kek ini untuk dipamerkan di bakeri. Tak ingat nak ambil nama pembeli. Terima kasih.

Cerita balik tabir:

Kali pertama gunakan ceri yang banyak untuk hiasan.
Simple
dan menarik perhatian.