22 March 2011

Ayahanda tersayang, Tn. Hj Roslan b Hj Daud


Tanggal 16hb Mac 2011,

bersamaan 11 Rabiul Awal 1412H ,

abah pergi meninggalkan kami.

Rancangan untuk menemani abah semasa sakit,

dimakbulkan Allah. Alhamdulillah..

Kami suami isteri, tiba jam 4.30 ptg Rabu.

Saya masih terbayang saat saya menatap wajah

abah dengan penuh kasih sayang. Saya beri salam dan mencium dahi abah.

Beliau sedar akan kehadiran saya. Setelah beberapa ketika..

saya minta izin menyuruh anak lelaki saya,

membaca Surah Yaasin dengan suara yang agak kuat..

Abah izinkan dan kelihatan tenang..

Bonda tercinta, Pn Hjh Rukiah bt Hj Lebar, benar-benar tabah.

Apabila abah semakin hampir perjalanannya menemui Illahi,

Abah seperti berbisik antara dengar dan tidak kepada saya, " x boleh tunggu,

nak balik hari ni.."

Saya melambai tangan kepada mak.

Abah sedar kehadiran mak dan memberitahu," Nak tidur.."

Mak menjawab dengan nada yang tenang..

"Baiklah, tapi..sebelum tidur istifar dulu, ya.."

Abah menganggukkan kepalanya.

Mak mengajar abah beristifar, abah masih boleh mengikut..(Allahuakbar..)

Mak bacakan syahada secara perlahan-lahan.."La....(12 harakat)

illahaillallah...Muhammadur rasulullah ".

Diulang-ulangnya 3 kali.

Abah anggukkan kepalanya, tanda faham..

Mak sudahi dengan ayat, "Allah...Ya! Allah.." berulangkali.

Tanpa cemas, mak arahkan saya mengambilalih tugasnya.

Saya pula membuat isyarat supaya adik saya, Roshiha,

mengambilalih tempat saya..

Roshiha membaca Surah Yaasin. Tangannya menggenggam tangan abah.

Suami saya membaca Surah Yaasin dengan beberapa tetamu

yang hadir berhampiran kami.

Mak pergi mengambil wudhu dan saya pula terus berbisik ditelinga abah..

"Allah..Ya! Allah.." juga berulangkali..

Saya usapkan tangan di dahinya.

Dahi abah berpeluh. Tapak tangan saya semakin basah..

Airmata mula mengalir semakin deras namun

sampat saya menyeka dengan tisu.

Saya sedar, abah akan pergi sebentar lagi.."Allah...Ya!Allah.."

Mak mulai membaca Surah Ar Ra'dhu.

Suara saya semakin bergetar.. Jam menunjukkan pukul 9.15 mlm.

Innalillah...saya mengangkat tangan secara sepontan,

sambil mulut meneruskan bacaan..

Kami teruskan bacaan hingga beberapa minit dan kemudian berhenti.

Mak arahkan saya supaya menyapu muka abah dengan berselawat 3 X.

Saya menurut. Saya tidak pasti apa yang berlaku disekeliling saya.

Apa yang saya pasti, saya tanggalkan jarum ditangan abah

selepas memberikan salam,perlahan-lahan.

Saya mohon maaf kepadanya jika menyakitkannya..

Saya redha, abah telah tiada.

*Saya kurang pandai menyusun bahasa dan kata-kata.

Buat Mak, ketabahan, ketenangan dan kekuatan

menempuh saat-saat seperti ini sangat saya kagumi.

Mak memang layak mendapat pengiktirafan daripada abah beberapa jam

sebelum abah pergi.

"Awak isteri solehah", tangannya yang semakin lemah

memeluk tubuh mak yang semakin kurus.

01 March 2011

Allah..

2 minggu yang benar-benar menguji..

Kakak
pembantu ibu dah tak ada
mulanya hanya hendak bercuti..
15 hari, bla..bla..bla..
ok, ibu benarkan..

tup-tup..
3 hari lagi nak masuk kerja..
ibu terima SMS jam 1 tgh
'kak, saya nak berhenti..mengandung..'
Err..

Allah Maha Mendengar
berkat solat sunat beberapa kali
Alhamdulillah..
hari ketiga, dapat orang baru
lepasan SPM..

Semoga Allah perbanyakkan rezeki kita..
Belajar sungguh-sungguh
Jaga kesihatan diri
Mimember...sepatah kata Darwisha

05 February 2011

Kusus Anjuran MARA



Pada 25 - 27 Januari 2011

Bertempat di Rest House Teluk Intan

Dapat ramai kenalan baru.

Antaranya, Pn Linda, Pn Rose, Pn Idah, Pn Maswah, Pn Hafizah, Pn Yani dan lain-lain.

( Bukan x ingat, tak cukup masa nak taip..)

Banyak ilmu yang diperolehi daripada kursus anjuran MARA Teluk Intan ni.

Harapan agar di lain masa, dapat ikuti lain-lain kursus.

Maaf Pn Umi, Kak Dah tak sempat nak ucap terima kasih secara peribadi

Hari hujan, Darwisha demam. ( Kena bawa bersama, sebab pengasuhnya

sakit).

Salam Mesra buat Cikgu Linda Hashim,

Terima Kasih atas keikhlasanmu.

24 January 2011

Minggu buat Puding

Minggu ni nak cuba buat puding.

Banyak resepi yang diambil secara terus dari sumber. Antara resepi yang akan dicuba nanti..

Semua untuk dikongsi bersama.

Terima kasih untuk tuan punya resepi.

Puding gula hangus.

Sumber:Alia@myresipi.com

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

• 400cc(400ml) susu segar/susu cair
• 5 sudu besar gula halus
• 3 biji telur- pada suhu bilik
• 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
• 2-3 titik esen vanila
• [ KARaMEL ]
• 5 sudu besar gula
• 2 sudu besar air
Cara-cara
1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

* Kakak, cuba..jangan tak cuba..Yang pasti, kena buat banyak kali..

21 January 2011

Ziarah Zaini, Ayu dan Keluarga

Gambar Achik yang sempat ibu rakam.








Gambar anak-anak juga.