Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

07 January 2011

Kuih Siput


Kak Dah rasa nak makan kuih siput. Jumpa dengan satu resepi ni. Ok gak..
Tapi ..ada kurang sikit...sampai tak sempat nak amek gambar..
Resepi dari : syahmi@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur- Kak Dah x letak
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)- Kak Dah ganti ngan pati ikan bilis
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli- ni pulak danti ngan air jer..

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing

* kurang sikit..sebab x banyak..licin sebelum sempat nak tunggu goreng kali ke 2? Anyway, thanks, Syahmi.

No comments:

Post a Comment