22 April 2011

KEK cawan atau cupCake?


Nak buat kek @ kek cawan?

Cuba resepi ini :

Saya copy paste je..TQ

Sumber asal: Majalah Sajian Citra-Koleksi Nona

Kek Lobak Merah


Bahan-bahan ( Loyang 4 segi-6" )
• 125 gm mentega
• 120 gm gula kastor
• 4 biji telur (gred B)
• 1 sudu kecil esen vanila
• 50 gm lobak (diparut)
• 50 gm kacang walnut (tumbuk jangan halus sangat) saya ganti dengan badam cincang
• 175 gm tepung naik sendiri

Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Telur dipukul berasingan dalam mangkuk lain hingga kembang
3. Masuk telur sedikit dalam adunan mentega. Pukul rata.
4. Masukkan tepung, lobak merah dan kacang walnut( badam cincang ), gaul rata.
5. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 45 minit dalam
suhu 180C.
6. Tunggu sejuk, potong ( saya buat 12 biji kek cawan dan 1 kek kecil )

Okay juga resepi ni..Terima kasih, kerana berkongsi

No comments:

Post a Comment