03 August 2012

Nasi Arab dan keluarga



Kakak,

Setelah hampir setahun tidak berjumpa Mak Ngah Roza,

ibu rasa rindu yang amat. Betapa akrab pun kita semasa kecil,

apabila mengikut suami masing-masing, kita perlu akur.

Alhamdulillah,

rasa rindu terubat jua apabila bertemu dengan Mak De, Mak Ndak,

Ateh dan Pak Su..dengan adik-adik ipar ibu yang lainnya.

Walaupun hanya untuk semalam dua.

Riuh-rendah rumah Nek..apabila masing-masing sibuk bergambar

sebelum menunaikan solat Subuh pagi tu..


Yang x bestnya, ibu jadi tukang ambil gambar ( jer..), kakak pulak sedang

di perbatasan dengan singki ajaib..


Sehari sebelum itu, mak Ngah serahkan sekotak rempah Nasi Arab..

Jom tengok resepi versi ibu ni..( kakak nasihatkan ibu pakai jubah masa masak nasi ni...)

Ibu buat kali kedua..versi sendiri:

Resepi Nasi Arab Ibu

Nasi ( 4 orang makan ):

2 gelas beras basmathi - basuh dan rendam 20 min

200 g daging kambing / ayam

1 batang serai - dititik / ketuk

6 labu bawang sederhana besar

3 cm halia tua - hiris macam batang mancis

sekuntum bunga lawang

3 cm kulit kayu manis

4 gelas air

1/2 gelas susu segar

1 sk garam - ikut rasa

1 sk lada sulah

1 sudu besar rempah nasi arab

1 biji tomato - belah dua

minyak zaitun untuk menumis

Cara:

1. Rendam beras dalam 20 minit sementara itu sediakan bahan untuk menumis.

2. Bawang yang dikupas , ditumbuk dan sedikit halia. Baki halia dipotong macam batang mancis,

2 biji bawang dan tomato dibelah dua,

3. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang yang ditumbuk tadi, belum siap ni.. kena pegi bakery.

Sambal :




No comments:

Post a Comment