17 November 2014

:: 2015:: Kalendar Percuma

Hi,

2015 tak lama lagi. Masih tercari-cari kalendar 2015.

Kak Dah tak pandai buat kalendar sendiri sekadar mencari di...

Cuba link di bawah:


1. www.madaboutpink.blogspot.com


2. www.littlestuff.me


::Tarts::


Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Nak makan blueberry tart? Malas atau tak tahu nak buat ?

Jangan bimbang..

Let ME do it for you!

ATAU

dapatkan 'casing' atau ' base ' tart daripada kami..

harga berpatutan.

RM ___ untuk 50 biji.

SMS for details..


26 September 2014


12 June 2014

Ramadhan Ya Ramadhan

Cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya.
Lebih kurang 2 minggu selepas tu ..
kita akan berpuasa.


Dalam bulan Rejab dan Syaaban ni..kita dianjurkan berdoa seperti ini:


الّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

" Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban ini, 
dan sampaikanlah umur kami sehingga
bertemu Ramadhan"

Semoga Allah sentiasa memberkati kita dibulan Rejab dan Syaaban dan mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan. 
Amin )

# p.s: Jom ke RBR Bakery ! 

Ada " Happy Hour - Selamat Datang Ramadhan" 
Mulai 10 hb - 26hb Jun 2014

Jam 10 pagi - 11 tgh 
                DAN
Jam 4 ptg - 5 ptg 

Potongan harga 50%  untuk SEMUA kek potong dan kek cawan!

08 January 2014

2013 - Kenangan Musim Haji

Alhamdulillah..
Selamat menunaikan fardhu haji musim lalu..

Maaf  kepada semua pelanggan yang menyokong RBR Bakery..
Kak Dah terpaksa menghentikan perkhidmatan selama lebih 4 bulan..
hanya untuk menumpukan lebih perhatian kepada ibadah ini..

Ramai juga yang bertanya, " Kenapa?"
Apa kaitannya antara menunaikan haji dan membuat kek?

Yelah..
Bagi mereka yang tahu bagaimana untuk menghasilkan walau sebiji kek tu..
tentu lebih maklum.

Lebih 28 perkara perlu saling lengkap-melengkapi..

1. Tepung
2. Gula
3. Mentega
4. Telur........dan banyak lagi..

Semua perlu ada, dan semua perlu dibeli..
sedangkan menngerjakan haji mengambil masa yang agak lama..

Kak Dah mesti kosongkan peti sejuk kat rumah dan bakeri.
Lama tu nak pergi.
Kat rumah tak ada orang yang jaga..
Memang sekadar TAWAKKAL kepada ALLAH!

Alhamdulillah..
Semuanya mudah berurusan semasa di tanah suci.
Kosong kepala dan tenangnya perasaan
Allah berikan kesihatan yang baik dan tumpuan
beribadat dengan tenang..

Anak, rumah, bakeri ?
Tak teringat langsung..
Terasa hidup sepatutnya beribadat kepada Allah yang Esa
semata-semata..

Allahuakhbar..
Aku mohon keampunanMu Ya Allah..

Bila balik ke Malaysia semula..
terasa lebih bersemangat dan rasa lebih
 bertanggungjawab
khususnya untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan agama..
Lillahi Taala..