Alhamdulillah..
Selamat menunaikan fardhu haji musim lalu..
Maaf kepada semua pelanggan yang menyokong RBR Bakery..
Kak Dah terpaksa menghentikan perkhidmatan selama lebih 4 bulan..
hanya untuk menumpukan lebih perhatian kepada ibadah ini..
Ramai juga yang bertanya, " Kenapa?"
Apa kaitannya antara menunaikan haji dan membuat kek?
Yelah..
Bagi mereka yang tahu bagaimana untuk menghasilkan walau sebiji kek tu..
tentu lebih maklum.
Lebih 28 perkara perlu saling lengkap-melengkapi..
1. Tepung
2. Gula
3. Mentega
4. Telur........dan banyak lagi..
Semua perlu ada, dan semua perlu dibeli..
sedangkan menngerjakan haji mengambil masa yang agak lama..
Kak Dah mesti kosongkan peti sejuk kat rumah dan bakeri.
Lama tu nak pergi.
Kat rumah tak ada orang yang jaga..
Memang sekadar TAWAKKAL kepada ALLAH!
Alhamdulillah..
Semuanya mudah berurusan semasa di tanah suci.
Kosong kepala dan tenangnya perasaan
Allah berikan kesihatan yang baik dan tumpuan
beribadat dengan tenang..
Anak, rumah, bakeri ?
Tak teringat langsung..
Terasa hidup sepatutnya beribadat kepada Allah yang Esa
semata-semata..
Allahuakhbar..
Aku mohon keampunanMu Ya Allah..
Bila balik ke Malaysia semula..
terasa lebih bersemangat dan rasa lebih
bertanggungjawab
khususnya untuk diri sendiri, keluarga, bangsa dan agama..
Lillahi Taala..
No comments:
Post a Comment