Nak tulis sikit tentang satu pengalaman yang menggetarkan perasaan...
Bukan apa..silap faham sikit, menggelabah dibuatnya. Ceritanya begini..
Ibu dapat satu pesanan melalui telefon , untuk 100 biji ( ? ) roti,
100 bungkusan biskut dan 100 biji kek coklat lembab. Bajet RM XXX.XX.
Hmm..tarikhnya pada 21hb Nov, 2010. Tengok kalendar..hari Ahad..Okay, set.
Abang Aji ni..datang untuk confirm at the very same day.
Ibu pun apa lagi..Ada seminggu untuk plan..
2 hari pertama, ibu buat biskut...kalau x silap hari Khamis dan Jumaat..Okay, half done!
Petang Jumaat tu, dapat panggilan dari adik ipar ...
J : Nape tak datang kenduri kawin rumah Abang Cik? Kami tunggu ni..
I : ??? Kenduri?? Err...hari ni ke?
J : 13hb kan? Ari ni la..Esok Majlis Qiqah Abang Aji..
I :Huh! Betul ke, esok dia kenduri? ( Allah!.. Roti ngan kek x buat lagi...)
Ibu pun..cuba bertenang...Tarik nafas dalam-dalam...dan mula plan..Alhamdulillah, semua
bahan dah ada..
I :Kakak, Angah, Iza..kita ada projek. Bukan minggu depan, tapi ESOK!!
Dipendekkan cerita..semuanya selesai pada jam 9 malam..
Malam tu..untuk pertama kalinya..ibu buat projek sampai terMUNTAH!
* Malam tu juga, ibu telan sebiji pil sakit urat dan alhamdulillah, pulih sepenuhnya keesokan hari.
No comments:
Post a Comment