Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

23 May 2011

Resepi baru


Mencari resepi baru untuk dijual kat kedai

Jumpa satu blog ni

Akak ni..memang rajin masak

Saya pun suka juga..

Tapi paling berkenan dengan resepi talam sagunya.

Resepi saya kongsikan bersama di sini :


TALAM SAGU

Bahan:

lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis/( ilahjy gantikan dgn sagu yg telah direndam dan toskan sukat jadi 1 cawan)
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna kuning/( akak ilahjy tak letak )
1 sudu teh garam

caranya:
campurkan kesemua bahan gaul sebati kacau atas api sehingga naik wap. kukus selama 20 minit. setelah itu cakar dgn garpu baru dituangkan bahan atasnya. acuan hendaklah di sapu minyak terlebih dahulu. ilah jy tak alas pun dgn plastik molek jer talam ni keluar dari loyang..

bahan atas:

2 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan( 3 helai daun pandan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung/ilah jy gantikan tepung beras sebab tepung jagung habisss
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula/ilah jy masukkan 6 sudu besar sedang elok jer manis dia..
1 sudu teh garam
pewarna hijau/ilah jy gantikan warna unguu..

caranya:
satukan kesemua bahan sehingga sebati, kacau atas api sehingga naik wap dan tuan ke atas lapisan sagu tadi kukus selama 30 minit. sejukkan sebelum dipotong

Nota: Terimakasih kepada akak ilahJY,yang dapat dari nieza dan yatie . Gambar kat atas itu pun dari blog kak ilahjy. Silakan ke dapurnya.

1 comment: