Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

30 May 2011

Kek Lobak Nenas


Resepi untuk catatan sendiri:

Dapat resepi dari sini

yg dtg dari dapur CMG, yg asalnya dari blog Jun Cupcake

Saya ubahsuai ikut suka hati jer.... maaf ye..Saya buat 2 adunan - untuk majlis

di Bagan Datoh. Satu lagi..ikut bahan yang ada kat kedai jer.. Buat pun main

campak-campak..hehehe.. bukan pandai..malas!

Kek Lobak Nenas

Bahan-bahan :

4 cwn tepung gandum *

1 sudu besar baking powder*

1 sudu teh soda bicarbonate*

1 camca teh garam halus* - saya x bubuh..

lupe.
.

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)-

saya tumbuk 2 btg kulit kayu manis dan tapis,

x cukup pun 1 sudu teh .


8 biji telur gred "A"

3 cawan minyak masak

2 cawan gula halus

5 cawan parutan lobak merah, -

biarkan 5 minit dlm oven dan biar pada suhu bilik


2 cawan nenas dalam tin, toskan dan gunting kasar - malas,

kan saya dah bagitau tadi..kalau rajin, cincang..


1 cawan kelapa kering


Bahan Cream Cheese Frosting:

1000 g mentega putih

1 ketul cream cheese ( x ingat berat )

1 camca teh jus lemon

300g gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak dan gula, kacau dengan

whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 kering yang diayak tadi + lobak + kelapa kering ,

gaul perlahan ( setengah bahagian dulu )

Masukkan nenas, gaul sebentar dan masukkan sebahagian lagi baki bahan kering

Gaul rata .

Tuang dalam 2 tin pembakar dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

Nota:-

Tadi tu versi MALAS saya..kalau nak cuba, jenguk-jenguk resepi kat

dapur mereka.

Yang pasti, lembab, gebu dan seeedap..cubalah..

No comments:

Post a Comment