07 July 2011

LayanZ pelbagai KUEH TALAM

Terima kasih tuan punya resepi. Semoga dipanjangkan umur dan diperbanyakkan rezeki.
Sepanjang minggu ni, Ibu kemaruk buat pelbagai Kueh Talam. Antaranya, berikut adalah resepi yang Ibu gunakan..

Talam SAGU
Sumber dari sini : http://ilahmasakanku.blogspot.com

bahan:

lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis/ilahjy gantikan dgn sagu yg telah direndam dan toskan sukat jadi 1 cawan
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna kuning/ilahjy tak letak
1 sudu teh garam

caranya:
campurkan kesemua bahan gaul sebati kacau atas api sehingga naik wap. kukus selama 20 minit. setelah itu cakar dgn garpu baru dituangkan bahan atasnya. acuan hendaklah di sapu minyak terlebih dahulu. ilah jy tak alas pun dgn plastik molek jer talam ni keluar dari loyang..

bahan atas:

2 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan( 3 helai daun pandan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung/ilah jy gantikan tepung beras sebab tepung jagung habisss
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula/ilah jy masukkan 6 sudu besar sedang elok jer manis dia..
1 sudu teh garam
pewarna hijau/ilah jy gantikan warna unguu..

caranya:
satukan kesemua bahan sehingga sebati, kacau atas api sehingga naik wap dan tuan ke atas lapisan sagu tadi kukus selama 30 minit.
1 cawan sagu rendam 1 jam biar senang kembang masa masak
2 cawan santan cair
1 cawan gula pasir
garam secukup rasa
pewarna

sapu acuan dgn minyak. gaulkan semua bahan masukkan dlm acuan yg disukai. kukus selama 15 minit acuan kecil. 130 minit acuan besar.

Bahgian atas – Kepala tepung pelita
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras

1 sudu teh garam
gaul semua bahan sehingga sebati. kacau atas api sehingga sedikit pekat tuang atas sagu kukus selama 20 minit. dah siap.





kueh talam
Sumber : http://anymz-mykitchen.blogspot.com


Talam Sagu
by
anymz mykitchen

bahan2 Lapisan bawah

2 cawan santan cair
1 cawan sagu-cuci dan rendam sebentar
1/2-1 cawan gula pasir-akak letak 1 cawan
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya

cara membuat

Sapu acuan dengan minyak dahulu
Gaulkan semua bahan hingga sebati
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min
Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu
Letak adunan lapisan atas


bahan2 Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

cara :

Gaulkan semua bahan supaya rata
Tapiskan ke dalam kuali tak lekat(non stick pan) dan kacau sebentar atas api
Apabila nampak pekat tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus lagi lagi selama 20 minit

No comments:

Post a Comment