Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

28 February 2012

Piping Gel - Jom buat sendiri


Kali ni nak kongsi resepi Piping Gel

Jom, tengok gambar dulu...
Bahan-bahan:

1 cawan gula - boleh dikurangkan

2 sudu besar tepung jagung

1 cawan air

1 biji lemon - perah dan ambil airnya

Cara-cara:

1. Masukkan gula, tepung jagung dan air ke dalam periuk bertangkai.

2. Kacau hingga gula larut.

3. Masukkan perahan air buah lemon, kacau lagi.

4. Kali ini, letakkan periuk tadi atas api besar. Kacau hingga bancuhan agak likat dan jernih.

5. Apabila bancuhan mula menggeleggak, kacau lagi seminit dua.

6. Padamkan api, teruskan mengacau dengan agak laju.

7. Biarkan bancuhan sejuk pada suhu bilik.

8. Simpan dalam bekas bertutup . Letakkan ke dalam peti sejuk.

* Bancuhan ini tahan selama 2 hari sahaja sebab tiada bahan pengawet..Boleh tambah warna ikut suka


1 comment:

  1. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...
    semuga Allah swt.memberkati dan merahmati usaha puan.

    ReplyDelete