24 January 2013

Buat roti sendiri :: Make your own bread pattern ::

Ada sesiapa nak cuba buat roti / pizza sendiri:

Mmm..dah ada resepi kan?

Kalau tak ada..klik kat sini.

Selepas diayak, diuli..tepung bancuhan adik kakak abang  tu..

timbang tepung 50 / 100 gram setiap satu



Cara pertama:

1. Masukkan  sosej dan pastikan dibalut kemas dengan adunan tepung tadi.


2. Ambil gunting dan potong seperti contoh di bawah.


3. Buka setiap satu bahagian secara bersilang. Kanan...kiri



4. Kanan ..Kiri

 5. Lagi..lagi..

6. Sampai jadi seperti ini..



7. Nak tabur apa di atasnya? Letaklah..campuran sayuran ( lobak  merah, kacang pis, jagung )

Kemudian tuangkan sos.

 Tunggu naik / kembang sekali ganda ..dan bakar di dalam ketuhar sampai kekuningan..

Cara kedua:

1.  Timbang adunan 60 gram.

2. Bahagi kepada 3 bahagian. 

20 gram setiap satu..lah kan? Seperti kat bawah ni.


3. Buat tocang seperti ini.


 4. Parutkan  keju




 4.  Tabur atas roti..

Oops..dah tau kan?

Sapukan kuning telur dulu..baru letak keju..kalau tak..

tak melekatla kita punya keju..



5. Macam biasa..tunggu naik sekali ganda..

Masak hingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment