Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

15 September 2010

Kali pertama saya buat kuih lapis sendiri. Saya cuba resepi ini dengan sedikit ubahsuai sbb x

cukup bahan dan x ada alat penimbang.


Resepi Kuih Lapis ( satu loyang kecil )

250 gm tpg gandum (1 cawan arcoroc merah )

100 gm gula pasir ( agak-agak 1/3 cawan tadi )

500 ml santan cair ( saya guna santan kotak Harmoni 1 cawan + air 1 cawan)

secubit garam ( Jun x bubuh )

pewarna merah ( 1 sudu kecil )

pewarna hijau ( saya guna pewarna hijau dengan perasa pandan , 1 sudu kecil )

Cara:

1. Sediakan pengukus.

2. Campur semua sekali dalam mangkuk, kacau sebati. ( saya gaul / ramas pakai tangan je..)

3.
Tapis adunan tadi dan bahagi kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian hijau dan

sebahagian lagi dengan merah.

4. Kukus selapis demi selapis , warna berselang-seli. ( saya guna bekas kecil dan x perlu tunggu

lama-lama..nak cepat siap )

5. Biar betul-betul sejuk, baru potong.

Pemerhatian saya:

Rasa kuih sedap dan tidak terlalu manis. Lapisan agak lembik ( terlebih air santan gaknye..sbb

saya buat 2 adunan, main agak-agak jer..:)

Sesuai untuk orang rajin macam saya..

Penghargaan :

Terima kasih buat Junjs11@myresipi.com

No comments:

Post a Comment