Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

22 September 2010

Minggu Kuih2 tradisi

Kamera dah rosak. Nak beli baru? Mmm..cukup bulan ler.. Sekarang Ibu sibuk mencuba resepi2

tradisi. Harap2, kakak akan dapat menjadikan sumber ni sebagai rujukan. Terima kasih Puan.


Kuih Lapis

Dikopipes dari Sumber: Resepi Noraini

Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubikayu
1 cawan gula pasir
600 ml santan pekat
800 ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan hijau

Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, santan dan air dalam sebuah mangkuk.Gaul hingga adunan sebati.Tapiskan untuk membuang gentel tepung.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan merah dan hijau.
3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan hijau dalam loyang.
Tutup periuk kukus dan kukus 10 minit.
4. Tuangkan pula adunan merah dan kukus 10 minit. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis. Lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. Apabila kuih telah masak, angkat dan sejukkan

Tips dari Puan Noraini:

Masak cara kukus. Didihkan air 3/4 penuh.
Loyang yang digunakan dalam resipi ini berukuran 10 inci. ( Ibu masak dalam 2 bekas plastik )
Griskan loyang dengan sedikit minyak dan panaskan ia selama 3 minit kemudian barulah dituangkan adunan.
Setelah masak, sejukkan selama beberapa jam barulah dipotong. ( Yang ni ibu kantoi...x sabo..)
Gunakan pisau tajam yang dibasahkan dan potong mengikut bentuk disukai.

No comments:

Post a Comment