Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

23 November 2011

Puding roti ekspaiyed

Petang semalam teringin nak masak-masak utk minum petang.

Nak goreng pisang? Pisang belum sesuai utk digoreng.

Ternampak sebungkus roti sandwich kat atas meja dapur..

Mmmm..boleh buat apa dgn roti ni, ye?

Belek-belek resepi puding, bahan pulak x cukup..

So..ibu buat je resepi modifaid..

Sebelum tu..tengok dulu hasilnya kat bawah ni.


Puding Roti ekspaiyed ( makan untuk 4 -6 orang )


Bahan-bahan
5 keping roti hampir luput tarikh
1 sudu besar ( 10 g ) agar-agar serbuk
1 biji telur  saiz kecil
1/2  cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
5 cawan air ( akak guna air paip je..)
secubit garam halus
dua helai daun pandan - siat2 dan simpulkan
pewarna hijau
sedikit emulco pandan

Cara buat


1. Roti 4 keping dicarik-carik. Campak je ke dlm blender.
2. + serbuk agar- agar, gula, susu, telur, air dan garam.
3. Kisar lebih kurang 3 minit.
4. Tuang ke dalam periuk.
5. Masukkan daun pandan, emulco dan sedikit pewarna hijau.
6..Guna api kecil, kacau sentiasa hingga menggelegak.
7. Masukkan baki sekeping roti lagi, dicarik-carik dan kacau dlm periuk tadi
8. Tuang dalam acuan - ikut kreativiti.
9. Bila sejuk, masukkan ke dlm peti sejuk dan hidang.

Haish..sebenarnya, bukan susah sangat buat ni. Penerangan aje yg menjela-jela.

Nak tulis bahasa pasar, sedang cuba nak MBMMBI...

Sy bercadang nak tambah menu ni untuk jualan di bakeri nanti, insyaALLAH.

* Watermark dayang_rbr@myresepi tu..sy punya.
    - Cari resepi cucur sosej? Ada kat sini.












No comments:

Post a Comment