04 February 2013

TiIRAMISU MUDAH

Nak share resepi dan cara buat tiramisu :


 
Sumber gambar: google search image.
Kredit utk tuan punya gambar.


Resepinya? Bahan asas saje..


·         8” kek span coklat

·         250g cream cheese

·         250g whipping cream

·         150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)

·         satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)

     serbuk koko/cokolat utk hiasan

Klik aje kat sini.  Rujukan resepi tiramisu saya....Terima kasih tuan punya resepi.

( http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html )



:: PAVLOVA ::


Macam nila rupanya PAVLOVA tu..
 
Sumber: GOOGLE image
Saya jumpa resepi ini dan ingin kongsikan di sini. Ini adalah untuk rujukan saya dan atas permintaan pelanggan.
Bahan untuk resepi Pavlova
  • 4 biji putih telur
  • ½ cawan pula kastor
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • ½ sudu besar tepung jagung
Topping / hiasan
  • 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1½ sudu besar gula halus ( pilihan )
Hiaskan dengan  buah² segar. Mengikut Puan punya resepi boleh menggunakan strawberry atau segala jenis beri, kiwi atau pun buah peach.  Cuma pastikan buah yang telah dicuci ini dikeringkan sebelum menghias atau hias bila nak makan.
Nak lebih terperinci, silalah ke blognya.
 ( Terima kasih Jie. Kak Dah tolong sebarkan ilmu tu.)

28 January 2013

:: BUTTER COOKIES::

Produk paling laris di RBR Bakery 
sepanjang bulan Disember !!

Terima kasih kepada yang memberi sokongan..









* 6 pcs / pack
* individual packaging
*3 + 3 of same flavours
* RM ? Tu kena klik kat bawah ni..

Maklumat lanjut ada di sini.

24 January 2013

:: Resepi Roti / Bread recipe ::

Roti Manis

Sumbangan : Red Blue Ribbon Bakery ( http://redblueribbon.blogspot.com )

Bahan:

500 gram tepung gandum / tepung roti

1/2 sudu kecil garam

40 gram marjerin / lelemak

250 gram air ( lebih kurang - mengikut kualiti tepung kita )

125 gram gula kastor

15 gram yis kering

5 gram serbuk penaik

25 gram susu tepung 

10 gram pelembut roti

1 biji telur

Cara:

1. Campurkan air dan telur.

2. Campur / Satukan semua bahan kecuali bancuhan air dan telur tadi.

3. Tuang sedikit demi sedikit air tu.. 

4. Uli sampai lembut dan tidak melekat di tangan / tepi mangkuk mesin.


Tapi...akak selalunya guna mesin ni...Asasnya tetap sama




Selamat mencuba..









Buat roti sendiri :: Make your own bread pattern ::

Ada sesiapa nak cuba buat roti / pizza sendiri:

Mmm..dah ada resepi kan?

Kalau tak ada..klik kat sini.

Selepas diayak, diuli..tepung bancuhan adik kakak abang  tu..

timbang tepung 50 / 100 gram setiap satu



Cara pertama:

1. Masukkan  sosej dan pastikan dibalut kemas dengan adunan tepung tadi.


2. Ambil gunting dan potong seperti contoh di bawah.


3. Buka setiap satu bahagian secara bersilang. Kanan...kiri



4. Kanan ..Kiri

 5. Lagi..lagi..

6. Sampai jadi seperti ini..



7. Nak tabur apa di atasnya? Letaklah..campuran sayuran ( lobak  merah, kacang pis, jagung )

Kemudian tuangkan sos.

 Tunggu naik / kembang sekali ganda ..dan bakar di dalam ketuhar sampai kekuningan..

Cara kedua:

1.  Timbang adunan 60 gram.

2. Bahagi kepada 3 bahagian. 

20 gram setiap satu..lah kan? Seperti kat bawah ni.


3. Buat tocang seperti ini.


 4. Parutkan  keju




 4.  Tabur atas roti..

Oops..dah tau kan?

Sapukan kuning telur dulu..baru letak keju..kalau tak..

tak melekatla kita punya keju..



5. Macam biasa..tunggu naik sekali ganda..

Masak hingga kekuningan.