Cake (Step by Step)

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

08 December 2009

Family

Semalam, saya tengok-tengok gambar kek-kek yang pernah saya buat.
Agak dah banyak kot..
Tak pulak saya kira..
Maklumlah..tak ada kamera nak shot gambar-gambar tu..
Sekarang ni pun..hanya guna handphone aje..

Teringat kali pertama ( 1991 ) buat deco untuk Birthday cake.
Kebetulan pulak mak abah dan adik-adik datang dari Johor.
Menggeletar tangan bila buat tulisan atas kek tu..

Selamat Hari Jadi

Perasan saya..macam itulah cantiknya tulisan saya..
Ehem...
Mereka yang ada dikiri kanan saya senyap je...
"Ini mesti tak nak ganggu saya, ni..."

Bila toleh ke belakang...
Tersimpul-simpul mereka menahan ketawa.
Tak lama lepas tu..Berdekah-dekah mereka gelakkan saya.

"Kah! Kah! Kah! "

Mana taknya...herut-berut!!!!
( Masa ni... menjunam rasa rendah diri saya...)

Terdengar satu suara lepas semuanya habis ketawa.

"Tak pe Long...
Lama-lama cantik le..."

Kata abah dari belakang saya..Rupa-rupanya dia pun turut tengok saya masa tuu..
( Terasa naik semula semangat ni..- terima kasih abah :))

Antara Dekorasi :


























No comments:

Post a Comment